FAQ Mengenai Ar-Rahnu

1. Apakah yang dimaksudkan Ar-Rahn?
Dari segi bahasa ia bermaksud tetap. Ada juga yang memberi maksud menahan.
Dalam Bahasa Malaysia, ar-Rahn ialah gadaian yang bermaksud pinjaman wang dengan menyerahkan barang sebagai cagaran untuk tempoh tertentu (Kamus Dewan, 1993).
Dalam istilah fiqh, ar-Rahn bermaksud menjadikan sesuatu harta sebagai cagaran atau gadaian atas sesuatu hutang untuk menjamin pembayaran balik hutang tersebut.

2. Apakah yang dimaksudkan Marhun?
Marhun bermaksud barang yang digadai. Sesuatu gadaian tidak akan berlaku jika tidak wujudnya marhun atau barang yang bernilai dan boleh digadaikan. Barang yang hendak digadai ini mestilah milik sendiri dan bukan barang yang dirampas atau barang yang dipinjam kerana gadaian ke atas kedua-dua jenis barangan tersebut adalah tidak sah.
Islam menetapkan bahawa menerima marhun adalah satu rukun akad Rahn. Oleh itu gadaian tidak dikira berlaku sehingga barang yang digadaikan itu belum diterima oleh orang yang menerima gadaian

3. Apakah syarat-syarat barang gadaian?

  • Suci dari segi syara’.
  • Barang yang hendak digadaikan perlulah barang yang boleh memberi faedah kepada manusia.
  • Barang yang hendak digadai adalah hakmilik penggadai.
  • Barang yang hendak digadai tersebut mestilah dimiliki dan boleh diserahkan ketika berlakunya aqad atau sighah.
  • Barang yang hendak digadaikan mestilah ditentukan harganya .
  • Berlaku penyerahan dan penerimaan barang yang digadaikan.

4. Apakah maksud penggadai?
Penggadai (Rahin) adalah orang yang menggadaikan barangan (marhun). Gadaian tidak akan berlaku dan tidak dianggap sah jika tidak ada penggadai.

5. Apakah maksud penerima gadaian (Murtahin)?
Penerima gadaian (Murtahin) adalah orang atau pihak yang memberi pinjaman kepada penggadai atas nilai marhun yang digadaikan .

6. Apakah maksud Al Wadiah Yad Dhamanah?
Merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.

7. Apakah syarat-syarat penggadai dan penerima gadaian?

  • Berakal
  • Baligh
  • Cerdik
  • Tidak dipaksa
  • Berkuasa penuh ke atas diri dan hartanya

8. Apakah hukum bergadai ?
Hukum bergadai adalah diharuskan. Para fuqaha bersepakat mengharuskan gadaian, sama ada dalam keadaan musafir atau tidak. Ini berbeza dengan pendapat mujahid dan Ulamak Zahiriyyah yang memandang pensyariatan secara am di dalam Al-Sunnah.

Bergadai adalah sesuatu yang disyariatkan di dalam Islam sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 283.
“Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang dan memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang-orang yang memberi hutang…)”

9. Apakah perbezaan antara pajak gadai konvensional dan pajak gadai Islam?
Pajak gadai konvensional adalah pajak gadai yang menjalankan operasinya yang tidak mengikut hukum syara’. Pajak gadai konvensional berasaskan kadar faedah dan beroperasi demi keuntungan semata-mata, sementara pajak gadai Islam membawa konsep pinjaman tanpa faedah berasaskan prinsip Qard Al-Hassan, dengan tujuan perkhidmatan kepada golongan yang memerlukan bantuan. Penggadai dikenakan upah menyimpan ke atas nilai barang gadaian (marhun).

10. Apakah kelemahan pajak gadai konvensional?

  • Nilai gadaian merosot.
  • Mengenakan kadar faedah yang berlebihan.
  • Memberi nilai gadaian yang rendah.
  • Tiket gadaian sukar dibaca atau difahami.
  • Mengenakan bayaran terhadap salinan tiket gadaian.
  • Melelong gadaian bernilai lebih RM100 tanpa memberitahu penggadai.
  • Wang lebih gadaian tidak dipulangkan.
  • Pemberitahu upacara lelong tidak disebarkan seluasnya.
  • Pemegang pajak gadai menuntut wang pendahuluan.

11. Apakah objektif  Skim A-Rahnu diperkenalkan?

  • Menyediakan kemudahan kredit mikro kepada ummah khususnya kepada mereka yang memerlukan wang segera untuk pelbagai tujuan.
  • Menggalakkan umat Islam melakukan gadaian mengikut syari’ah Islam dan membebaskan mereka daripada berurusan dengan sistem yang mengandungi unsur-unsur riba.
  • Memberi kesedaran kepada penggadai bahawa Skim Ar-Rahnu ini mengenakan upah simpan yang minimum iaitu separuh daripada kadar yang dikenakan oleh kedai pajak konvensional iaitu 24 peratus.
  • Memberi kesedaran kepada umum bahawa mereka terdedah kepada unsur-unsur penyelewengan apabila mereka melakukan gadaian di kedai-kedai pajak gadai konvensional.

12. Apakah keistimewaan Skim Ar-Rahnu sebagai Program Mikro Kredit?

  • Mekanisme pemberian kredit yang cepat (tanpa kerenah biroraksi)
  • Kos pemberian kredit yang relatifnya murah (berbanding dengan skim-skim mikro kredit semasa)
  • Pembayaran balik pinjaman tidak lagi merupakan masalah. (barang emas dijadikan sandaran kepada pembiayaan yang diperolehi)
  • Menjadikan barang emas yang lebih produktif. (barang emas kini boleh dijadikan sebagai modal)

13. Apakah syarat barang gadaian?

  • Barang emas yang mempunyai mutu emas (Standard Ketulenan Emas) yang dibenarkan iaitu 999, 950, 916, 875, 835, 750.
  • Dalam menentukan nilai marhun , batu permata tidak diambil kira dan tidak perlu dikeluarkan, hanya perlu menolak berat batu-batu berkenaan secara anggaran.
  • Milik sendiri, pasangan, ibu bapa atau keluarga terdekat.
  • Wujud semasa urusniaga.
  • Jumlah maksimum pinjaman adalah 60% atas nilai marhun atau maksimum RM5,000.00.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: