Takaful

Definisi dan pengenalan

Makna takaful dari segi istilah ialah: penyertaan sekumpulan individu dalam satu skim yang membolehkan mereka bekerjasama dalam menanggung sebarang kemudaratan yang berlaku terhadap salah seorang ahli peserta dengan cara membayar pampasan yang munasabah kepada ahli yang ditimpa kemudaratan melalui wang yang disumbangkan oleh peserta-peserta yang dibayar secara ansuran.

Takaful sebagaimana yang didefinisikan oleh standard Accounting, Auditing and Governance Standards for Islamic Financial Institution (AAOIFI) melibatkan persepakatan antara sekumpulan individu (peserta) bagi tujuan mendapatkan perlindungan (pampasan) daripada kemudaratan/risiko tertentu dengan memberi sumbangan berdasarkan kaedah iltizam bi al-tabarru’ (beriltizam untuk melakukan tabarru’) sehingga terbentuk dengannya satu tabung (takaful) yang memiliki shakhsiyyah i‘tibariyyah (satu entiti khas dari segi undang-undang) yang memiliki hak dan tanggungjawab (kewangan) sendiri dan bersedia membayar tuntutan pampasan kepada peserta yang mengalami kemudaratan.

Skim ini berasaskan akad tabarru’ (sumbangan kebajikan) dan ta’awun (kerjasama dan tolong-menolong) di mana para peserta memberi sumbangan ke dalam satu tabung khas yang akan digunakan bagi tujuan menolong peserta yang ditimpa musibah.

Konsep dan matlamat takaful

Takaful mempunyai matlamat yang sama dengan insurans konvensional iaitu menyediakan khidmat untuk para pemegang polisi atau para peserta. Apa yang membezakan antara keduanya ialah konsep yang digunakan bagi mencapai tujuan tersebut. Dalam hal ini, takaful menggunakan konsep kerjasama yang dibenarkan oleh syarak berasaskan kontrak tabarru’ dan ta’awun sebagaimana dinyatakan di atas.

Konsep ini bebas daripada sebarang elemen yang bercanggah dengan hukum muamalat Islam seperti gharar, riba, perjudian dan elemen lain. Dana takaful yang dibentuk daripada sumbangan para peserta (pemegang polisi) berasaskan kontrak tabarru’ akan digunakan bagi menyelamatkan setiap peserta takaful daripada kecelakaan atau musibah yang menimpa. Sebarang lebihan yang berbaki selepas pembayaran pampasan, perbelanjaan, dan pemotongan untuk rizab akan dipulangkan kepada para peserta menurut kadar sumbangan masing-masing.

Konsep takaful ini sememangnya merupakan suatu konsep yang diiktiraf oleh Islam. Bahkan praktisnya pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa qabilah Asy’ariyyin apabila mengalami kehabisan bekalan makanan dalam peperangan atau apabila mereka kekurangan bekalan ketika di Madinah, mereka mengumpulkan semua bekalan yang tinggal dalam satu kain, kemudian membahagikannya sama rata sesama mereka. Rasulullah berkata: “Mereka ialah rakan aku dan aku ialah rakan mereka”.

Peristiwa ini boleh dijadikan sandaran untuk menyokong penubuhan tabung atau dana takaful bersasaskan konsep tabarru’ dan kerjasama (ta’awun) di antara para peserta. Penubuhan tabung tersebut tidak harus bermatlamatkan keuntungan semata-mata tetapi hendaklah berasaskan konsep tabarru’ untuk tujuan tolong-menolong sebagaimana difahami secara jelas daripada hadis tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: