Tabarru’ dan Mu’awadhah

Takaful: antara tabarru’ dan mu’awadhah

Apa yang berlaku apabila peserta takaful membuat sumbangan/bayaran kepada syarikat takaful ialah seolah-olah dia membeli polisi perlindungan. Dengan kata lain berlaku pertukaran antara carumannya RM100 sebulan dengan sijil takaful yang menjanjikan perlindungan yang bernilai RM50,000. Tabarru’ yang dibuat kelihatan sama dengan mu’awadhah, sedangkan mu’awadhah adalah berlainan konsep dan syaratnya berbanding dengan tabarru’.

Untuk menjelaskan permasalahan ini, perlulah kita mengetahui perbezaan di antara tabarru’ dan mu’awadhah.

Kontrak tabarru’ adalah kontrak yang melibatkan pemindahan hak milik kepada pemilik baru tanpa sebarang bayaran atau pampasan seperti hibah, sumbangan kebajikan, derma, wasiat, dan wakaf. Spesifikasi tabarru’ adalah seperti berikut:

a. Asas kontrak tabarru’ ialah tolak ansur dan memberi maaf. Nilai gantian wajar tidak diperlukan. Secara amnya, ia bermaksud membelanjakan harta tanpa mendapat balasan/ganjaran dunia. Oleh itu, kesamaran yang keterlaluan atau jahalah tidak mencacatkan kesahihan transaksi yang berlaku
kerana ia tidak membawa kepada perbalahan. Fuqaha telah menyebut satu kaedah fiqhiyyah iaitu: ‘terdapat perkara yang dibenarkan (dimaafkan) dalam tabarru’ tetapi tidak dibenarkan (dimaafkan) dalam mu’awadhah’.

b. Seperti yang disepakati oleh majoriti fuqaha, kontrak tabarru’ akan dikira mengikat hanya selepas berlakunya penyerahan.

c. Unsur jahalah atau ketidakpastian ialah dibenarkan kerana ia melibatkan pemindahan hak milik tanpa sebarang bayaran gantian.
Kontrak mu’awadhah pula merujuk kepada kontrak yang melibatkan penukaran dua nilai atau pampasan. Spesifikasi mu’awadhah adalah seperti berikut:

  1. Syarat umum mu’awadhah ialah kedua-dua pihak memperoleh keuntungan dan tiada pihak menanggung kerugian mengikut adat, selagi mana kontrak tersebut dilakukan atas dasar reda dan persetujuan kedua-dua belah pihak.
  2. Transaksi mu’awadhah boleh melibatkan keuntungan atau kerugian.
  3. Kontrak hanya boleh dilakukan pada benda yang mempunyai nilai dan wujud semasa pemeteraian kontrak.
  4. Sifat dan perkara yang berkaitan dengan kontrak mu’awadhah perlu diketahui bagi memastikan transaksi yang berlaku sah dan terjamin.
  5. Penerimaaan pampasan dan pemberian sumbangan tidak boleh digabungkan bersama-sama dalam pelaksanaan kontrak mu’awadhah jika sumbangan tersebut sendiri bergantung dan termasuk dalam kontrak. Alasannya adalah kerana kedua-dua tabarru’ dan mu’awadhah mempunyai kesan-kesan kontrak dan syarat-syarat sah yang berbeza.
  6. Mu’awadhah boleh melibatkan penukaran antara barang dengan barang, barang dengan wang, atau perkhidmatan dengan wang (ijarah atau sewa/upah).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: